Rabu, 2 Februari 2011

Khalid Al-Walid

ASSALAMUALAIKUM

kebelakangan nie ana terpikir.. apakah yg ana patut cari dalam kehidupan fana' nie.. apakah objektif ana nie.. ana sesatkah? ana hilang puncakah?

hati ana tetiba terdetik.. sedangkan selama nie jarang ana pikirkan.. "nape ko tak cari maksud "sebenar" nama ko sendiri, namakan membawa maksud tersendiri..?" ana tersentak.. ana bangun terus Google perkara yg berkaitan..

dan ana tertarik pada cerita tokoh Nabi yg ulung ini..

KHALID AL-WALID - SAIFULLAH


Saat Roh Ingin Berpisah dengan Jasad
Ketika Khalid sedang uzur,Umar datang kepadanya.
“Khalid Saifullah(pedang Allah),aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu,jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu.Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat,tetapi engkau tidak tahu,tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkan mu,jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam,kata sesetengah dari mereka.Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatan mu wahai Sahabat,”ujar Saidina Umar Al-Khattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.
Suatu ketika,seorang sahabat datang kepadanya.Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur,dia bingkas bangun dan membuka bajunya, “Wahai Sahabat,perhatikan badanku,adakah ada tempat yang tiada parut?”
“Tiada Wahai Khalid,”jawab sahabat tersebut.
“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorg syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?”Soal Khalid.
Mendengar keluhan Khalid itu,sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “kau tidak boleh syahid,Khalid. Kau telah dilantik sebagai pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”
Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.
___________________________
___________________________

Ya, dengan cerita ini.. pintu hati ana terbuka luas.. tujuan ana hidup sebenarnya ada pada nama ana sendiri.. nama ana benar-benar memberi makna..

sepatutnya ana jaga nama yg ana miliki ini...

Ya Allah, takkan ku biarkan pedang keredhaan yg Kau berikan padaku ini patah di medan syahid yg Kau hamparkan,Ya Allah.. (medan untuk memerangi nafsu yg payah dikalahkan)

~Kita tak mungkin boleh menjadi Khalid Al-Walid yang tak pernah tewas di medan perang,

~dan kita juga tak mungkin boleh menjadi Firaun yang tak pernah sakit dan teramat kaya.

~Tetapi kita boleh mendapat tempat yang sama seperti Khalid Al-Walid di Syurga Tuhan

~dan juga boleh mendapat tempat yang sama seperti Firuan di neraka Tuhan. 


SYUKRAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan