Jumaat, 27 Julai 2012

KESAH

Assalamualaikum . . .


ya, bertemu kembali kita. . . =)


hari ini ingin saya luahkan rasa sayu di hati. . .


bukan sayu kerna tidak pulang ke rumah lagi. . .


tapi sayu mengenangkan nasib orang lain. . . =)


sedarkah ? selama ini, sering kali kita lupa. . .


kesusahan yang dihadapi orang lain. . . kepayahan mereka. . .


sering kali kita melihat mereka yang diatas. . .yang bernasib baik. . . 


berbanding mereka yang di bawah. . .yang dah ke mana nasib mereka. . .


sering juga kita lupa pada mereka yg miskin, mereka yg sakit, mereka yang tidak mempunyai ibu bapa. . 


dan mereka yg dedifinisikan sebagai manusia yang tidak beruntung. . .


ya, lumrah manusia sentiasa alpa dan lupa. . .


lumrah kita, sentiasa inginkan kesenangan yang dikecapi orang lain . . .


lumrah kita, pentingkan diri sendiri berbanding orang lain. . .


pernahkah kita rasa bersyukur. . . ? 


selama saya bermastautin di negara orang, sudah acapkali saya lihat mereka yang didefinisikan sebagai golongan yang tidak beruntung . . .


rata-rata mereka di sini sangat miskin. . . tidak mampu. . 


dan apabila ditimpa kesakitan. . . tiada siapa pun yang mampu bantu. . .


biarpun ada wad percuma utk mereka yang tidak mampu. . .


tetapi kalian percaya segalanya percuma ? 


lebih-lebih era ini. . . pentingnya wang ringgit daripada budi pekerti. . . 


pentingnya harta daripada rakan-rakan dan sahabat handai. . .


ya,  era ini semakin lemah akhlak kita, semakin lemah budi kita, dan makin lemah perikemanusian kita. . .


pernah tertanya. . .


dah ke mana nilai kita. . .


dah ke mana moral kita. . . 


kekadang sy terpikir ke mana nilai murni kita. . .ke mana didikan kita semasa kecil dahulu. . .


seringkali kita dididik supaya berakhlak dan berbudi. . 


pernah kalian imbas kembali? 


apa cita-cita kalian semasa kecil?


kenapa cita-cita itu yang kalian pilih?


sy pasti ada antara kamu ketika kecilnya. . .


"sy nak jadi polis - nak tolong tangkap org jahat"


"sy nak jadi doktor - nak tolong orang sakit" 


"sy nak jadi bomba - nak tolong padam kebakaran"


"sy nak jadi cikgu - nak tolong budak-budak jadi pandai"


wah wah wah. . .  murninya niat kita waktu dahulu. . .


rasa-rasanya semakin dewasa kita lupa perkataan "nak tolong" lebih diganti "nak duit banyak". . .


kononnya harta itulah yang beri kebahagiaan kepada kita kepada masyarakat sekeliling. . .


makin dewasa, makin kemana nilai kita . . .


hurm. . . iyela iyela . . . tahu banyak sangat bebel ni =)


sudahla tidak mahu bebel banyak. . .


kalian renung-renungkan dan selamat berpuasa bg yang muslim =)




selami tangisan mereka yang tidak beruntung =)


kata akhir. . .


semoga Allah sayang :)




p/s : lagi 2 hari nak pulang ke Malaysia =) TAMAT DI SINI

2 ulasan: