Isnin, 30 Disember 2013

LELAH ?


Assalamulaikum ? Apa khabar ? Sihat ?

Lama kan tidak ketemu ?  Hampir setahun kan ?

Mengapa- mengapa ? 

Hahaha kekangan masa. . . Tambah lagi sibuk tahap puncak. . .

Kalian pula bagaimana hadapi kehidupan ?




Anyway. . . 

Terasa nak tanya. . . Pernahkah kalian rasa. . .

Letih ? Tak berdaya ? Tiada semangat ? Putus asa ?

Mesti pernah kan? kan? kan? hahahaha jangan tipu . . .

Jujur jela hehehe. . . Saya pun terasa perkara yang sama…





Ambil bidang medikal. . . ya. . . Hampir setengah kudrat ku terguna. . .

Hampir terasa sepenuh hidupku tiada gaya. . . tiada masa. . .





Pernah terasa gagal tak gah bangkit semula. . .

Pernah terasa sesal tiada guna . . .





Baru-baru ini 2 minggu ku ambil masa tidur sepanjang masa. . .

Terasa stress tekanan tak bermaya. . .

Sampaikan satu tahap ku tersentak. . .





Satu mimpi. . .

Satu bayang datang tegur secara padu. . .

Tertekan ke hati. . .

Termakan ke hati. . .





“Apa kau tak punya rasa bersyukur?

Kau punya dosa tinggi melangit. . .

Dosa besar, dosa kecil tak terkira. . .

Lupa dah rahmat Tuhan? . . .

Dia beri kau peluang hapus dosa. . .

Bantu manusia lainnya dengan ilmu itu. . .

Mengapa tidak kau pikir secara lainnya?

Tidak nampak penyayangnya Allah padamu? 

Apa kau mampu lakukan perkara - perkara baik selain ini?

Solat sunat pun jarang sekali tampak kau lakukan? " 





*Terbangun. . .

Aku tersedar. . .

Terpikir. . .

Benar pula. . . terkesima aku. . .

Pikir kembali. . .

Harapannya tahun baru masihi akan datang ini. . . 

Utuhkan kembali hati. . .





Harap kalian juga renung sama. . .





Janji Allah yang ada dalam Al- Quran. . .






"Renunglah kembali kamu tak akan dibebani dengan perkara yang tiada dayanya kamu tanggung. . ."






"Renunglah kembali tiada nikmat Allah kamu mampu dustakan =) "





Setiap perkara ada hikmahnya . . .

Tersembunyi atau tidak. . .

Kalianlah pemikirnya. . .

Percaya atau tidak; 

kalian jugalah yang putuskannya ;)





Aku doakan kalian juga dapat cari hikmah kehidupan kalian. . .


Hahaha semoga berjaya. . . harapannya berjayalah. . .




PS : maaf macam entry kali ni macam pasal aku  je XD hehehe sori. . . jangan marah . . .

tata


TAMAT DI SINI

Khamis, 3 Januari 2013

PARADIGMA DUNIA??


Assalamualaikum~ 


waha~ agak lama juga kita tak ketemu.. kan kan?


harini entry tak ada la nak best sangat.. 



cuma nak ceritakan paradigma dunia yang kita diami ini


apa kata anda? 



makin maju ataupun makin mundur ...


bagi aku. . . majunya ada. . .


daripada segi teknologinya yg makin gah...


tambah lagi dengan canggihnya tablet... 


maju sana maju sini... hahaha aku rasa kalian pun tahu..


tapi mundurnya pun tampak lebih gah... 


itu yang tak seronok tuh..


kesal kan..?


kemajuan kita tak selari dengan aras tinggi pekerti...


sebahagian isu...


yang dahulunya kita fikirkan mustahil berlaku..


kini sekelip mata pula realitinya depan mata... 


kes rogol Delhi salah satunya... kes 13 tahun yg baru-baru ini. . 


terasa tak selamat beberapa tahun ini...


dan mengapa? mengapa berlaku ?



kat mana pula silapnya?



fitrah manusia.. akan ada rasa suka kepada kebaikan



dan akan ada rasa benci kepada kejahatan..


tak kiralah apa bangsa apa agama pun..


fitrah ini pasti ada..


jadi..


renungkan pelan-pelan dan fikirkan...


apa solusi anda.. apa langkah anda.. apa kata anda..?


bagi saya... luhur pekertilah paling penting... akhlak yang baik... teras ketamadunan yang baik..


Rasulullah sendiri pun bersabda : "sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia"


tampak tak kat situ? 


sebaris ayat tu nak maksudkan.. 


"Akhlak perlu disempurnakan.. "


Barulah sejahtera sejagat..


hahaha sudahlah banyak pulak bebelnya. .


naik meluat pula kalian.. 


jaga diri semua. .




SEKIAN 

TERIMA KASIH


ps : hahaha sorilah reader harini entry kita tak berapa nak hepi ending =D

Jumaat, 27 Julai 2012

KESAH

Assalamualaikum . . .


ya, bertemu kembali kita. . . =)


hari ini ingin saya luahkan rasa sayu di hati. . .


bukan sayu kerna tidak pulang ke rumah lagi. . .


tapi sayu mengenangkan nasib orang lain. . . =)


sedarkah ? selama ini, sering kali kita lupa. . .


kesusahan yang dihadapi orang lain. . . kepayahan mereka. . .


sering kali kita melihat mereka yang diatas. . .yang bernasib baik. . . 


berbanding mereka yang di bawah. . .yang dah ke mana nasib mereka. . .


sering juga kita lupa pada mereka yg miskin, mereka yg sakit, mereka yang tidak mempunyai ibu bapa. . 


dan mereka yg dedifinisikan sebagai manusia yang tidak beruntung. . .


ya, lumrah manusia sentiasa alpa dan lupa. . .


lumrah kita, sentiasa inginkan kesenangan yang dikecapi orang lain . . .


lumrah kita, pentingkan diri sendiri berbanding orang lain. . .


pernahkah kita rasa bersyukur. . . ? 


selama saya bermastautin di negara orang, sudah acapkali saya lihat mereka yang didefinisikan sebagai golongan yang tidak beruntung . . .


rata-rata mereka di sini sangat miskin. . . tidak mampu. . 


dan apabila ditimpa kesakitan. . . tiada siapa pun yang mampu bantu. . .


biarpun ada wad percuma utk mereka yang tidak mampu. . .


tetapi kalian percaya segalanya percuma ? 


lebih-lebih era ini. . . pentingnya wang ringgit daripada budi pekerti. . . 


pentingnya harta daripada rakan-rakan dan sahabat handai. . .


ya,  era ini semakin lemah akhlak kita, semakin lemah budi kita, dan makin lemah perikemanusian kita. . .


pernah tertanya. . .


dah ke mana nilai kita. . .


dah ke mana moral kita. . . 


kekadang sy terpikir ke mana nilai murni kita. . .ke mana didikan kita semasa kecil dahulu. . .


seringkali kita dididik supaya berakhlak dan berbudi. . 


pernah kalian imbas kembali? 


apa cita-cita kalian semasa kecil?


kenapa cita-cita itu yang kalian pilih?


sy pasti ada antara kamu ketika kecilnya. . .


"sy nak jadi polis - nak tolong tangkap org jahat"


"sy nak jadi doktor - nak tolong orang sakit" 


"sy nak jadi bomba - nak tolong padam kebakaran"


"sy nak jadi cikgu - nak tolong budak-budak jadi pandai"


wah wah wah. . .  murninya niat kita waktu dahulu. . .


rasa-rasanya semakin dewasa kita lupa perkataan "nak tolong" lebih diganti "nak duit banyak". . .


kononnya harta itulah yang beri kebahagiaan kepada kita kepada masyarakat sekeliling. . .


makin dewasa, makin kemana nilai kita . . .


hurm. . . iyela iyela . . . tahu banyak sangat bebel ni =)


sudahla tidak mahu bebel banyak. . .


kalian renung-renungkan dan selamat berpuasa bg yang muslim =)




selami tangisan mereka yang tidak beruntung =)


kata akhir. . .


semoga Allah sayang :)




p/s : lagi 2 hari nak pulang ke Malaysia =) TAMAT DI SINI

PULANG~

Assalamualaikum.. 


hamboi rajin plak owner ni update kebelakangan nie.


haha.. bukan apa.. mood baik..:) . .


ha. .  nak khabarkan. . sy sudah mahu pulang ke Malaysia. . yehoo. . 


satu bulan berpuasa di negara orang. . sayunya. . hanya tuhan yang tahu :) 


over la plak. . .ahahaha satu minggu saja. . . =)


itupun member dah beri salam perantauan kat paper . . .


anyway internal exam 2 pun sudah langsai. . baru semalam. .


oho semalam adalah paper klinikal. . so basically adalah praktikal la :P


ada satu stesen ni berkenaan laboratory :p . . .


aha~ so nak cerita la berkenaan stesen tuk laboratory ini. . .


kami diberi arahan utk mengenalpasti blood group sample. . .


basically senang saja. . . sape ambil aliran sains di Universiti. . .


or aliran biology. . . mesti dah tahu. . .


haha.. yang menjadi gelak ketawanya . . . semalam. . .


bila mana aku da pakai sarung tangan tuk mulakan. . .


hati aku dah cukop kebal dah. . gugup dapat dikawal dah. . kerisauan sudah mula pudar dan hilang. .TAPI kan. .


yg tgn aku ni dah kenapa tak memasal la lak parkinson nya. . . 


menggigil tak sudah. . .


aku punyalah usahakan nak titiskan anti sera dgn blood. . tak masuk2 kat lubang dalam slide. . .


yang technician sebelah aku tu gi bantai gelakkan aku. . kurang ajar. . 


aku usaha penuh padu kot kat situ =) 


dier selamba badak je gelakkan aku... =_=


melimpah- limpah aku punya anti sera ngan blood. . .aku aim xmasuk2 kat lubang =_=


lastly. . . hape aku buat. . . aku amek tangan satu lagi aku pegang tangan kanan aku. . .


ha~ puas hati aku . . . Tapi. . . 


tangan kiri aku tu plak la aii ikot parkinson sama. . .


udah aku menggigil-gigil kat situ.. belom cakap aku nak angkat slide tuh. . . punyalah susah hai kalo tgn da menggigil. . . lol. . . apapun itu kenangan yg lucu. . .


p/S : lagi better dari member aku gi bubuh anti sera sama kat tiap lubang slide. . lol. . .semua biru. . .=)

ha... inilah anti sera~  




nak buat lebih kurang ginilah =)


TAMAT DI SINI

Jumaat, 20 Julai 2012

RAMADAN KU NANTIKAN RAMADAN

 

Assalamualaikum..


haloooo~


mengapa-mengapa?


mengapa ketemu lagi kita.. ?


kali ni saja la nak sembang-sembang mengenai Ramadhan yg tiba... =)


so, apa objektif kalian kali ini ?


yang tahun lepas tercapai tidak?


jangan khuatir kalau tidak tercapai tahun sudah..


apa kata kita cuba capai tahun ini. . .


entry kali ini molek la saya khabarkan. . .


tentang. . . 


perkara-perkara yang membatalkan puasa . . .


eh eh pulak dah . . .


eh penting ni. . . kalau batal korang kena ganti puasa tahu. . . =)


Jadi apakah perkara tersebut??


perkara tersebut ialah :

  1. memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka

  2. makan dan minum dengan sengaja

  3. melakukan persetubuhan secara sengaja 

  4. muntah dengan sengaja

  5. gila walaupun sebentar 

  6. pitam sepanjang hari

  7. haid, nifas dan wiladah bagi orang perempuan

  8. mengeluarkan air mani dengan sengaja 

  9. berbuka puasa dalam keadaan syak sama ada sudah terbenam matahari ataupun belum

  10. murtad 


 jadi molek sangatlah korang amek telus perkara ini . . .


jaga perilaku. . . jaga tatasusila. . .


dan paling penting jaga hubungan dengan Sang Pencipta =)


Semoga kalian sentiasa dalam rahmat-Nya. . .

 

eh tak larat la aku nak bebel lama-lama. . .


ingat pesan pak cik ni. . .


puasa jangan tak puasa. . .


sekian . . .


Ma'a Salamah =)






TAMAT DI SINI

Rabu, 11 Julai 2012

SEMASA

salam sejahtera ketemu lagi kita . . . hooray2 ! XD




korang tertanya ?...  Blogger yang ni dah kemana? tak update2. . .




sakitkah? matikah? hidupkah. . .?




mengapa blog nie terbiar. . .?




oho. . . jgn tnya bertubi-tubi. . . busy larh~ (kononnya) 




plus jujurnya xde modal pusingan la nak update. . .




Tengok la aa macam mana lenkali... =)




nak exam. . . tapi pangai masih takuk lama...




pemalas macam hape... 




kayu je... 




hape2 pun wish me luck.. doakan kalo boleh. . . 




Goodluck gak kat kalian yg nak ambil exam . . . juga yang tunggu keputusan exam. . .




moga selamat dunia akhirah hendaknya . . . 




Ma'a Salamah =)




sekian~ 



TAMAT DI SINI

Isnin, 30 Januari 2012

FB ? ?

teeeeet ~~~




FB???





Mengapa-mengapa?? 




ada yg tak kena?? 




ke...




ada yg terkena??



hahaha.. benarlah tu. . . hari ni aku nak ceritakan pasal mereka yang terkena  =) 





terkena apa ek??



sabarlah. . . jgnla tanya dulu. . . aku nak jawab la ni. . . fenomenanya adalah terkena hack XD



hahaha kekadang aku terhibur gak baca status orang yg kena hack. . . tp ownernya? ?



ownernya sendiri la yg menjawap ek :P 




nie contoh-mereka yang kena hack =) 










hehe... sorry ek kalian biar popular sikit. . .  XD




sedap ketawakan orunk. . . sama je aku pun pernah terkena hack gak. . . 








dan ape respon antara mereka yg terkena hack tersebut? ? 










kalo kena hack gini aku tak kesah sangat. . . senanyer aku risaukan kalian kena ngan laman web PHISHING. . oh aku tak tahu la nak citer pasal nie sangat. . .kalian google ek? ? yg penting tiap-tiap kali kalian masukkan something yg personal . . . check laman http kat address bar kalian ek. . . kalo rasa aneh je. . . jgn layan k . . .?



tp. . . 




aku lebih rungsingkan yg perempuan ( eh biasalah aku kan gentleman hahaha gurau je). . . pasalnya kekadang perempuan ni suka buh gambar private... tu yang aku rungsingkan. . . andai terkenalah laman web phishing nie. . . hurm aku doakan kalian selamat. . .




eh k la. . . aku xsuka bebel lama-lama nie. . .



pasalnya aku xske baca menda meleret- leret nie. . . 




nie ikot selera aku la. . .





k la . . . take care reader XD . . .





p/s : hehehe mereka empunya gambar. . . jgn marah :D





TAMAT DI SINI

Jumaat, 27 Januari 2012

MASA

haa. . . arini xmo citer bebanyak. . . nak kongsi sikit je. . .








semalam aku bantai nengok citer "IN TIME".. sekali aku baca ntah hape2 la tajuk citer nie..








xpernah dengar pun.. OK.. "dalam masa??" hape tuh??








tp. . .








entah2 aku yg ketinggalan citer. . . aku xpasti a gak. . .








haa gambar citer tuh...








JUSTIN TIMBERLAKE YG BERLAKON



sape minat Justin Timberlake??








bila mana aku start nengok. . . duk perhati. . . duk tenung citer nie lelama. . . aku paham la. . .








masa itu sangat penting. . .








siyesli sangat penting. . .








eh betul la ni sangat penting. . . hadeih. . .








dan citer nie pun menceritakan kepentingan tersebut. . .








pastu-pastu. . .








eh tak reti la aku nak citer pasal citer nie. . .








korang nengok la sendiri. . .








mmg ia fiksyen sikit. . .








ok. . . aku tipu. . . bukan sikit tp banyak...








ia fiksyen banyak. . .








setiap urus niaga menggunakan masa. . .








yg kaya idop lama. . . yg miskin mmg xlama. . .








setiap saat berharga. . . setiap detik dikira. . .








Arghhh~. . . stress plak aku nak ceritakan citer nie. . .








xleyh aku nak rumuskan ia. . . 








Adik-adik jgn guna citer nie buat buku NILAM. . .








xbermaya kalian. . .








xterdaya kalian. . .








eh bnyak plak citer. . . td kata sikit jer. . . =_=








OK2~  fine aku blah la nie. . .








P/s : hargai masa. . . 









TAMAT DI SINI

Isnin, 16 Januari 2012

EXAM!!

ok hari nie mmg la sangat menggembirakan. . .




mengapa-mengapa? mesti kalian tertanya bukan. . . ?




pasalnya esok EXAM~  diulangi EXAM~ . . .




bukannya aku xpernah exam sampai nak kepoh-kepoh macam mak nenek kat sini. . .




tapinya. . . exam tuh aku tahu hari nie. . . hari ini bersamaan dengan tarikh 16/1/2012




dah tu dua subjek lak tuh bantai sekali. . .




secara ulung dan kagumnya. . . aku tak pernah buka pun buku tuk subjek yg aku nak exam nie. . .




otai nowh. . . apepun tak boleh. . . hadeih. . .






sengsara aku. . .




hahaha. . .gambar bawah nie member aku buat. . . lucu pun ada gak. . .






anyway apa lagi la jalan penyelesaian yang tinggal.. kena belajar la tuk esok =) usaha dulu. . .




p/s : benarlah firman ilahi dalam kitabnya... "DEMI MASA"
  GOODLUCK TO ME

Jumaat, 6 Januari 2012

OBSES~

hurm aku yakin.. kalian mesti punya tahap obses tersendiri..

ade yg minat korea la.. citer omputeh a... jepun la.. anime la..

tp..

aku tak tahu kenapa.. satu cerita nie.. smpai ke besar la aku still obses..

korang nak tahu apa??

KAMEN RIDER..

aku pun tak paham la mana beshnya sampai skunk aku minat lagi.. msti bagi kalian kanak2 gila orang dewasa nie.. tp...

itulah kebenarannya...




Namanya Kamen Rider Decade...peberet aku.. nama pun 'decade'.. boleh kata kamen yg ke sepuluh la.. ape yg beshnya.. dier boleh jadi kamen rider yg len.. dan secara otomatiknya dier ada kuasa kamen yg lain.. xadil kan? tp tu la kebenarannya.. jalan cerita kamen nie paling unik.. dier kena mngembara ke dunia kamen yg len dan merentas waktu.. dia ingatkan pengembaraan dia menyelamatkan kamen len.. tp dier musnahkan plak.. but the thing is.. "there is no creation without destruction" macam teori big bang kononnya



ok nie namanya Kamen Rider W... kamen nie jalan cerita biasa je bg aku..tp uniknya dua individu jadi satu kamen.. n most important dier pakai pendrive nak bertukar... stylo kan? =)



LOL yg nie namanya Kamen Rider OOO... O=sama bentuk token... pakai 3 token... ahahaha.. yep.. kamen rider nie bertukar guna token.. ala macam token yg kat arcade tuh.. siap kena charge ngan scanner lagi nak berubah ... =)



ala kamen yg nie aku takley buat dier bergerak.. tp ape pun.. nama dier Kamen Rider Fourze.. paling latest buat masa skunk nie.. anyway aku xminat kamen yg nie.. dier bertukar pakai suis..suis lebih macam kat kapal terbang tuk pilot tuh.. kamen nie bertemakan angkasa~

p/s: korang minat la ape2 pun... bg aku.. pandai jaga diri.. pandai jaga hablu minallah wahablu minannas...sudah cukup... jgn macam2 ek kalian =)

  TAMAT DI SINI

Ahad, 1 Januari 2012

Tahun baru

Semalam kita sedia maklum merupakan tahun baru masihi . . .




so logiknya hari nie hari pertama masihi bagi tahun ini =) . . .




semalam . . .




ku sambut tahun baru masihi nie berseorangan...




ku sambut dengan makan2 secara bersendirian...




kesian kan2 ? 




=( <-- ( minta simpati ) hahaha. . .




tp bukan tu yg aku nak citer. . .




aku nak cerita pasal di kedai makan tuh =)




 (sketsa di kedai makan. . . )




aku : erkkk... Alhamdulillahillazi ++++. . . .(berdoa- syukur nikmat ilahi sambil tadah tangan)




Baya2 (panggilan abg2 la kat india) 




bill baya... ? (angkat tangan)




waiter : beer??




aku : bill baya bill2 =) (sambil senyum)




waiter : no beer sir ( =_= expresi muka berubah )




aku : not beer baya... bill? ( tersenyum kembali)




waiter : not sell here . . . (=_= ekspresi muka sama)




aku : (kerut dahi =_=") baya... bill... not beer... ( sambil tunjuk duit nak bayar )




- ( dalam hati- hadeih. . .  kafir sangat ke muka aku nie T_T )




waiter : o! billu2




aku : ooo ok2 billu2... =D




ps/= sama je msia ngan india... bahasa inggeris nak ditukar kepada bahasa tempatan :D


pengajaran : sinonimkah arak, beer dan wine tuk tahun baru ? =(

  TAMAT DI SINI

Jumaat, 16 September 2011

BANK INDIA

Haritu aku keluar duit kat bank~


banyak la gak sebabnya nak bayar hostel... etc... etc...


ok.. ceritanya aku dapat duit yg sangat buruk daripada bank tersebut...


nilainya sama la dengan RM30++ bnyak la tu... cukup makan tuk 3 hari. . .


kendian merata aku cuba gunakan duit tu. . .


memanjang juga la tak laku. . .


so tadi aku kembali ke bank tersebut untuk tukar. . .


pastu dia cakap dia tak boleh tukar. . .


diorunk kata diorunk xde authorise nak tuka. . . .


nak tukar. . . kena tukar kat bank negara India. . .


wahh~ kalo macam tuh nape diorunk bg duit tu kat aku in the 1st place. . .


aku sangat marah. . .


aku cakap. . . "YOU CAN KEEP IT, I DON'T WANT! FUCK YOU!"


aku pun tak tahu nape aku cakap macam tuh. . .


tampak sangat aku  marah . . .


orang kat bank tu panggil aku. . . hey2~ hey you~


aku tak toleh. . . berjalan lalu. . .


Minta maaf Prof. . . peradaban saya tercalar T_T . . .


TAMAT DI SINI

Rabu, 6 Julai 2011

Diet_

selang beberapa hari yang lepas. . petang. . .



pejumpaan mentor mentee untuk amek result block2 yg lepas. .



Dr  : How much do you expect to get from this nutrition block ?



Aku : don't know la sir. . . maybe around 50 above or something. . .



Dr : Noooo. . .(gaya lembut). . . you understimate yourself. . . in fact, I like your mark for this block. . . you got ( teeettt- sori ek kena sensor)



Aku : ooo. . .  really sir? ( hati berbunga )


Dr : Yes, but then you look thin. . . you also need to get a good nutrition too. . . practise what you learn. . . . then, you can become a good doctor. . . bla... bla... bla... bla.... bla....



Aku : orait sir . . .  (sambil tersengih) T_T



TAMAT DI SINI

Sabtu, 21 Mei 2011

Zaman Dulu

Sudah sekian lamanya tak update blog ni.. demi xmahu mengecewakan follower yg sedikit ini.. aku kuatkan kudrat juga tuk update :P . . .bajet dasat. . . anyway rini nak ceritakan pasal zaman matrik jer la....



haa~ ce teka mana satu aku? :P



anyway... event yg paling gempak waktu aku di sini adalah biofair... haha.. hebat percapaian dak tutorial aku~

 menang no. 1 apesal aku tak gembira :D 




apapun nie la cubaan terbesar aku di mana aku kena jadi presenter... sudahla model kami yg paling cute...maka otomatiknya.. ramainya orang datang nak lihat~~~~~~



haa nengok bukti aku jadi presenter :P



hee~ anyway aku jadi presenter kejap je... hahaha.. tak tahan aku.. asek dok ulang2 mende sama kat orang yang melihat.. hee.. petangnya aku escape... akibatnya????



wajah pengganti aku... sian beliau :P



hahaha... wani minta maap la kerna lari.. lagipun petang tu bukan turn aku.. kan da ader shift? tapi aku tak ingat la turn sape lepas tuh.. 4 presenter kan2??... hahahaha



paperpun aku rasa dak tutorial aku adalah yang terbaik.. dari segi aper? aku rasa dari semua segi la.. hahahaha...

anyway dak tutorial aku juga diajak makan di malam anugerah (eh tul ke ni nama event dier?) menyambut pelajar2 yg cemerlang sem 1 (termasuk aku) hehehe...

kelas aku xsilap dapat anugerah... peratusan biologi tertinggi dan kimia pun tertinggi.. anyway tuk matematik peratusan yg no.2 :D

haa~ nengok ramainya orang bergembira...



malangnya nie je la gambar yg ada.. maka otomatiknya aku takde dalam gambar T_T hahahaha...



k la senanyer ader manyak lagi nak cerita... tapi panjang sangat nanti borink lak...


hee.. so sampai sini sajalah disusuli ngan keping gambar2 menyambut raya di matrikulasi...



 sebahagian mereka :P




 adeih nerd~ hahahaha




bersiap-siaga...






TAMAT DI SINI

Isnin, 4 April 2011

Doktor hindustan~

2-3 hari lepas merupakan hari di mana kami kena pegi tuk "hospital attachment" ..
haha mesti korang da dapat agak kan apa yg aku nak citer?
mesti pasal hospital la kan :P

ya~ pada hari pertama.. xder mender gempak sangat yg aku lihat melainkan orang sakit dan doktor2 yg tampaknya sibuk melayan karenah dan aduan pesakit.. :P
tapi ader perkara yg aku lihat di depan mata aku sendiri..
aku ingat org yg dipotong kaki nie biasa jer... huhu.. sebenarnya kan.. tak tergamak aku nak katakan..
even nak buka suture jahitan itu jer pun.. sngat2 la~

apepun bukan itu yg aku nak citer.. aku nak citer pasal sorang doktor nie..(mybe consultant)... haha keje dier menerima bentangan kes PG( post graduate) student.. huu hebat beb beliau..
meyh aku citer~ :P

ok~ beliau dtg dgn gaya yg hebat gitu..
rambut tersisir rapi..
pakaian professional..
penuh keyakinan..
haa~ konklusinya smart macam hero hindustan la gitu...

dier dtg ke katil pesakit..
lutut belah kanan naik ke atas katil pesakit..
tangan dipeluk ke badan( erkk macam mana nak citer ek? ala yg kedua2 tangan disilangkan tuh).
stetoskop di leher.. pen di kocek.. huu~ dasat2.. kali pertama pandangan aku stylo gila Dr. nie.. KOOOL~

dijadikan citer.. doktor nie pun mulala bertnyakan kes kepada PG dier.. "u.. what happen to him?"
PG: "actually sir.. this patient.. bla bla bla (aku tak paham)" haha.. memangla aku tak paham ape nama scientific+abbreviation o something2 like dat la dier guna.. aku mana belajar lagi.. ok!..

tetiba aku terdengar Dr tu tnya.. "wat are the grade of unconciosness? "
PG: ~~(senyap)..
aa aku da rasa len macam da... hahaha.. Dr. tu pandang aku .. aku mengelak pandangan.. tetiba aku terdengar "boy u come here" aku pandang depan :P
Yes2! aku selamat.. dier pangel member aku.. dier tnya " what are the level of unconciosness?"  haha.. dengan selamba membe aku jawap.. " i forgot sir.. but the last one is coma.. "

dijadikan citer lepas tuh macam2 soklan yg dia tnya...
tapi smpai soklan yg last sekali.. soklan basic "what is fever?"
kami terdiam... dalam bahasa melayu "demam tuh hape?"
pergh soklan yg last nie susah gila ...yg basic2 kami kayu la( hee lupa )

paperpun doktor tuh memang stylo la beb..
tegas tapi kuat bergurau.. ~ heee~ aderker patut ditepok nye belakang sorang Dr. UG tuh suh tukar IV jer.. hikhikhik.. UG tu dah la gelabah semacam..
anyway tu je la kali nie.. lenkali aku citer lagi~

TATA

TAMAT DI SINI

Khamis, 17 Februari 2011

Rumusan

rasanya hampir 3 minggu tak update mender nie..

bukanlah malaz.. al-maklumlah busy kebelakangan nie..

pekse la... kekadang rasa tak kena lak.. stadi week seminggu tapi kan.. exam tuh sejam je satu paper~  tambah 3 paper.. 3 jam jer total..


hurm sejam satu paper tuh~ bukan cukup gak pun... rasa nak minta tambah2 minit je...

da tu jawap.. bukan boley pakai machine gun ke AK-47 ke.. kena professional.. pakai pisau jer.. silent killer orunk kata.. kalo pakai tibai je.. kena tibai la mark aku...

kena tibai mark aku.. maka kena tibai gak la impian aku..

memang2..

Paperpun petang tadi pas exam.. aku bantai tengok movie kat pawagam india.. kali pertama tuh~
"The Mechanic" gempak gak citer tuh...
professional~

tema dier "victory love preparation"

Ok sampai sini jer la...
Esok start cuti da...
1 week ma~

Nak pi Bangalore~

TATA~

TAMAT DI SINI

Rabu, 2 Februari 2011

Khalid Al-Walid

ASSALAMUALAIKUM

kebelakangan nie ana terpikir.. apakah yg ana patut cari dalam kehidupan fana' nie.. apakah objektif ana nie.. ana sesatkah? ana hilang puncakah?

hati ana tetiba terdetik.. sedangkan selama nie jarang ana pikirkan.. "nape ko tak cari maksud "sebenar" nama ko sendiri, namakan membawa maksud tersendiri..?" ana tersentak.. ana bangun terus Google perkara yg berkaitan..

dan ana tertarik pada cerita tokoh Nabi yg ulung ini..

KHALID AL-WALID - SAIFULLAH


Saat Roh Ingin Berpisah dengan Jasad
Ketika Khalid sedang uzur,Umar datang kepadanya.
“Khalid Saifullah(pedang Allah),aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu,jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu.Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat,tetapi engkau tidak tahu,tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkan mu,jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam,kata sesetengah dari mereka.Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatan mu wahai Sahabat,”ujar Saidina Umar Al-Khattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.
Suatu ketika,seorang sahabat datang kepadanya.Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur,dia bingkas bangun dan membuka bajunya, “Wahai Sahabat,perhatikan badanku,adakah ada tempat yang tiada parut?”
“Tiada Wahai Khalid,”jawab sahabat tersebut.
“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorg syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?”Soal Khalid.
Mendengar keluhan Khalid itu,sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “kau tidak boleh syahid,Khalid. Kau telah dilantik sebagai pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”
Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.
___________________________
___________________________

Ya, dengan cerita ini.. pintu hati ana terbuka luas.. tujuan ana hidup sebenarnya ada pada nama ana sendiri.. nama ana benar-benar memberi makna..

sepatutnya ana jaga nama yg ana miliki ini...

Ya Allah, takkan ku biarkan pedang keredhaan yg Kau berikan padaku ini patah di medan syahid yg Kau hamparkan,Ya Allah.. (medan untuk memerangi nafsu yg payah dikalahkan)

~Kita tak mungkin boleh menjadi Khalid Al-Walid yang tak pernah tewas di medan perang,

~dan kita juga tak mungkin boleh menjadi Firaun yang tak pernah sakit dan teramat kaya.

~Tetapi kita boleh mendapat tempat yang sama seperti Khalid Al-Walid di Syurga Tuhan

~dan juga boleh mendapat tempat yang sama seperti Firuan di neraka Tuhan. 


SYUKRAN